CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, September 14, 2011

Peristiwa di Bulan Syawal : Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal Daripada Menderhakaimu

Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi.

Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.

Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)

Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :

"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."

Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.

Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.

Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.

Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.

Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.

Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.

Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,

"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.

Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."

Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.

Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...

- artikel I LUV ISLAM

KALAU ALLAH ITU MAHA BAIK, KENAPA BUAT NERAKA???

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Petikan dari web : I LUV ISLAM

Tuesday, September 13, 2011

TIPS KELUARGA BAHAGIA..



63 Petua Keluarga Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

■Mental, pendidikan dan ilmu
■Emosi
■Fizikal dan ekonomi
■Sosial
■Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

■Pendapat atau pandangan
■Hobi
■Kegemaran
■Makanan
■Cita rasa
■Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

LAGI...GAMBAR ALAM RIA PASTI KAWASAN 2011



Persembahan Nasyid PASTI Al-Fahimi Padang Menora



Pandangan di depan Pentas Acara Utama


Pandangan dari hujung dewan acara Nasyid, Sajak, Bercerita dan pidato


Kehadiran Ibu Bapa memenuhi ruangan mewarna dan memeriahkan acara


LAGI IMBASAN RAMADHAN 1432H.....

ZIARAH GURU...........

Selesai majlis sumbangan Idul Fitri kepada Guru PASTI Kawasan, rombongan {PASTI Kawasan bersama-sama Pengarah PASTI Negeri turut melawat seorang guru PASTI yang baru saja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Cikgu yang dimaksudkan adalah Cikgu Norbani Bt. Abu Bakar yang merupakan guru PASTI Kamalul Hidayah, Pokok Sena. Beliau kini akan berehat sehingga hujung tahun. Sumbangan dari PASTI Negeri & PASTI Kawasan turut dihulurkan kepada beliau sebagai mengahragai sumbangannya selama ini selain dapat digunakan bagi menghadapi Eidulfitri yang bakal menjelma.


Cikgu Norbani yang baru menjalani pembedahan membuang ketumbuhan



Sdr Zamadi menghulurkan sumbangan bagi pihak Dewan Pemuda & Jabatan PASTI Kawasan



Pengarah PASTI Negeri menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI kepada Cikgu Norbani



Antara rombongan MGP yang turut serta dalam ziarah ke rumah Cikgu Norbani

IMBASAN RAMADHAN 1432H..

SUMBANGAN EIDULFTRI KEPADA GURU PASTI KAWASAN

Pada 27hb Ogos bersamaan 27 Ramadhan 1432H yang lalu, Jabatan PASTI Kawasan telah mengadakan Majlis Sumbangan Eidulfitri kepada guru-guru PASTI Kawasan & Pembantu seramai 35 orang. Majlis diadakan di PASTI Tuan Guru Hj. Saad, Permatang Tok Jaya dan dirasmikan oleh Sdr Asri Bin Harun selaku Pengarah PASTI Negeri. Majlis turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Ust Khalid Bin Man yang turut menyampaikan ucapan di akhir majlis. Turut serta dalam majlis ialah Ybhg Cikgu Hadi (Naib YDP PAS Kawasan), Sdr Rizal Hafis Ruslan (Timb. Ketua DPPKTG) dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan.Terima kasih kepada penderma yang telah menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan. Semoga Allah Ta'ala melipahkan lagi gandaan rezki kepada penyumbang tersebut...Amin.




Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Antara tetamu yang hadir

Ucapan Ketua MGP Kawasan : Cikgu Zapurah

Ucapan Pengarah Jabatan PASTI Negeri



Antara Guru PASTI Kawasan & Pembantu


Penyampaian Sumbangan oleh YBhg Cikgu Hadi (NYDP PAS Kawasan)

Penyampaian Sumbangan Oleh Rizal Hafis (Timb. Ketua DPPKTG)

Penyampaian Sumbangan Oleh : Ust. Khalid Man (YDP PAS Kawasan)

SELAMAT BERJUANG....

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011



Selamat Berjuang kepada kontinjen PASTI Negeri Pulau Pinang yang akan di ALAM RIA PASTI MALAYSIA pada 16-17 Sept ini di Kuala Kangsar, Perak. Kontijen Pulau Pinang akan bertolak selepas solat jumaat untuk ke sana. Semoga selamat pergi dan kembali. Bersama kita mendoakan kejayaan mereka.

Monday, September 12, 2011

ALAM RIA PASTI NEGERI PULAU PINANG 2011

11 Sept : Kubang Semang
Setelah selesai program ALAM RIA PASTI KAWASAN TASEK GELUGOR 2011 , Johan bagi semua acara yang dipertandingkan dibawa mewakili PASTI Kawasan ke pertandingan dalam ALAM RIA PASTI Negeri Pulau Pinang 2011 yang dijalankan di Yayasan An-Nahdhoh , Kubang Semang, Pulau Pinang.




Yayasan An-Nahdhoh : Lokasi Dewan Pertandingan Nasyid, bercerita, sajak & pidato

An-Nahdhoh Inn : Lokasi Dewan Pertandingan Azan, Hafazan dan Khutbah






Program yang dijadualkan bermula seawal 8.00 pagi tertunda hampir 2 jam akibat cuaca hujan lebat pada sebelah paginya. Walaubagimana pun program tetap berjalan dengan lancar. Walaupun gagal meraih sebarang johan dalam acara yang dipertandingkan, namun pihak PASTI Kawasan mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua guru serta ibu bapa yang memberikan komitmen tinggi dalam program tersebut. Keletihan dalam program sehari sebelum itu tidak menjejaskan komitmen anda semua....InsyaAllah tahun hadapan kita akan mencuba yang lebih baik lagi...

ALAM RIA PASTI KAWASAN 2011 & JAMUAN EIDULFITRI PASTI KAWASAN

Alhamdulillah pada 10 September yang lalu telah berlangsung program ALAM RIA PASTI KAWASAN TASEK GELUGOR 2011 yang bertempat di Dewan Muhibbah, Merbau Kudong, Sungai Dua. Program yang bermula seawal 8.00 pagi tersebut melibatkan 7 acara seperti bercerita, berpidato, berkhutbah, hafazan, sajak, azan dan nasyid. Semua 8 buah PASTI Cawangan menghantar wakil pelajar untuk acara-acara pilihan.





Selain itu Jabatan PASTI Kawasan turut menganjurkan pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar yang tidak menyertai acara di atas. Selesai acara semua tetamu dihidangkan dengan jamuan eidulfitri. Pelbagai juadah seperti ketupat, bihun sup, laksa, nasi merah, satay dan lain-lain dihidangkan.


Pelajar menikmati jamuan hari raya yang turut disediakan

Penyampaian Hadiah Saguhati kepada peserta..........



Antara pemenang pada hari tersebut........





LAGI IMBASAN...GAMBAR MENARIK BOLASEPAK PASTI MALAYSIA 2011..






Kontijen Pulau Pinang : Kelihatan Cikgu Norazah (Pasti Nurul Iman, Ibu kepada striker Utama Pulau Pinang Adik Ehsan)






Kawalan bola dari Adik Ehsan (AlFahimi Padang Menora)


Aksi dari pasukan P.Pinang v/s Terengganu








































Search

Slidershow