CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, September 19, 2012

ZIARAH WARIS PELAJAR MENINGGAL DUNIA

04HB SEPT - Pihak Jabatan PASTI Kawasan Tasek Gelugor (JPKTG) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Suhaila Abdullah yang telah meninggal dunia pada hari Rabu (4hb, September 2012) kerana disyaki deman kepialu di Hospital Seberang Jaya jam 9.00 pagi. Pihak JPKTG juga turut dimaklumkan bahawa sehari sebelum itu anak dalam kandunganya turut meninggal dalam kandungan akibat komplikasi.

Allahyarhamah Suhaila merupakan anak ke 5 dari 7 beradik turut meninggalkan tiga orang anak iaitu Nurhazwani Sharifa 6, Umairah Shaneem 5 dan Anis Shaeerah 4. Dua daripada anak-anaknya masih belajar di PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang. Menurut suaminya En. Hasnan kesemua anak-anak termasuk beliau masih terkejut dengan kejadian tersebut. Disaat anak-anak kecil ini masih memerlukan kasih sayang seorang ibu, mereka diuji dengan kejadian ini. Pihak JPKTG mendoakan supaya kesemua mereka tabah dengan ujian ini.

Pihak JPKTG juga turut menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan Jabatan PASTI Malaysia kepada keluarga tersebut.
* Untuk makluman TABUNG KEBAJIKAN PASTI MALAYSIA melindungi pelajar melalui KHAIRAT KEMATIAN WARIS PELAJAR.

Search

Slidershow