CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, January 8, 2013

KICK START 2013

06hb Jan : An-Nahdhoh

Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program pemanas badan untuk 2013. Program Kick Of 2013 ini dimulakan dengan acara motivasi yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal Ust. Mohd Syukri. Motivasi bersemangat yang disampaikan InsyaAllah akan dapat digunakan oleh guru PASTI Pulau Pinang

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan program taklimat dari Bahagian Pengurusan PASTI Pulau Pinang yang menyentuh aspek berkenaan KPI dan arahan-arahan pentadbiran PASTI Malaysia.
Organisasi terbaru PASTI Pulau Pinang turut dibentangkan.Semoga segala maklumat yang dibekalkan dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi PASTI Cawangan masing-masing.Sesi Dialog seterusnya membuka peluang kepada semua guru untuk berdialog dengan Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PASTI Negeri.
Paling menarik, majlis turut merangkumi program sumbangan sebanyak RM 600.00 seorang kepada guru-guru hasil usahasama Jabtan PASTI Negeri dan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Semoga insentif tersebut dapat menyuntik semangat guru-guru untuk terus berusaha.
Selain itu Pengarah PASTI Negeri, Ust Nazarudin Awang Hamat turut menyerahkan sumbangan armalah oleh PASTI MALAYSIA kepada guru yang layak.
Majlis diakhiri dengan sesi perbincangan dan dialog guru dan MGP Negeri pada sebelah petang. Semoga dengan program awal tahun ini, PASTI akan lebih berjaya pada tahun ini!!!!!

Monday, January 7, 2013

SUMBANGAN AWAL TAHUN 2013

BUKIT MERTAJAM: Guru Pusat AsuhanTunas Islam (Pasti) seluruh Pulau Pinang dianugerahkan RM600 seorang sebagai bonus awal tahun 2013.

Justeru, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yusni Mat Piah berkata, pihaknya merasa sangat bertuah kerana mempunyai guru Pasti yang cukup kental walaupun diduga dengan kesukaran ekoran kekurangan kelengkapan pengajaran.“Semoga dengan pemberian wang dari Pasti dan Dewan Pemuda PAS negeri bernilai RM150 ribu itu dapat membantu serta menyemarakkan lagi semangat kerja dalam pasukan.

"Guru Pasti harga yang bernilai bagi PAS. Tanpa pengorbanan mereka anak kita tidak mengenali apa itu awalan Islam," tegasnya ketika berucap pada majlis yang diadakan di Kompleks An-Nadhoh, Penanti semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Pasti negeri, Nazarudin Awang Hamat dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudin.

Guru Pasti yang ditemui rata-rata gembira dengan pemberian itu dan bertekad meneruskan usaha murni memberikan pembelajaran kepada anak bangsa.

Sarimah Ibrahim dari Pasti Kubang Semang, Permatang Pauh berkata, pemberian itu menyuntik semangatnya untuk bertugas dengan lebih tekun lagi pada tahun ini.

Walaupun pemberian itu bukan sandaran, ujarnya namun dapat memberikan harapan baru bahawa guru Pasti tidak diketepikan.

Hasnah Hasan yang bertugas di Pasti An-Najmie, Pongsu Seribu menyifatkan pemberian itu dapat membantu para guru Pasti menyediakan peralatan persekolahan anak-anak.

Pemberian itu juga kata beliau yang bertugas selama 13 tahun, memberi kekuatan kepada guru Pasti untuk bersama-sama memajukan Pasti masing-masing pada tahun ini.

credit to Sabri Said
Harakah

Thursday, January 3, 2013

Promo PRODUK BARU PASTI


Nantikan Kemunculan Animasi dari PASTI Malaysia...HADI & HUDA

Wednesday, January 2, 2013

PERUTUSAN KETUA PENGARAH 2013


SESI PENGAJIAN 2013

Alhamdulillah..Sesi 2013 kini membuka tirai. PASTI Kawasan Tasek Gelugor mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar dan waris untuk mendaftar di PASTI. InsyAllah anda membuat pilihan yang terbaik dan InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. "PASTI Prasekolah Pilihan Utama Masyarakat PULAU PINANG"






Search

Slidershow