CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, September 24, 2021

Pendaftaran Kemasukan ke PASTI Kawasan Tasek Gelugor secara Online

 PENDAFTARAN SECARA ONLINE BAGI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU UNTUK TAHUN 2022 PASTI KAWASAN TASEK GELUVOR



Assalamualaikum.

1.    Untuk pengetahuan para waris, permohonan kemasukan ke PASTI Kawasan Tasek Gelugor bagi tahun 2022 telah dibuka.

2.    Pengambilan pelajar hanya dibuka kepada pelajar berumur 4,5 dan 6 tahun. Berikut merupakan tatacara. Jika pelajar lama tidak perlu mengisi Pendaftaran Baru sekadar maklum pada guru untuk meneruskan sesi pengajian sahaja.

3.    Pendaftaran online pelajar baru bagi PASTI Negeri Pulau Pinang kini dibuka. Berikut merupakan tatacara permohonan tersebut:

Cara pendaftaran online:
•    klik https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/ atau scan QR CODE di Banner setiap PASTI.
•    Masukkan kod PASTI (rujuk maklumat dibawah)
•    Isi maklumat
•    Sila hantarkan slip pendaftaran pada Guru PASTI terbabit.

Pengerusi.
PASTI Kawasan Tasek Gelugor

 *Rujukan Senarai Kod PASTI , Nama PASTI dan Guru terbabit. 

 1.     Pasti Al Falah, Ara Kuda -  P020101
        011-61476028 (Kak Gee)

2.     Pasti Kamalul Hidayah, Pokok Sena -  P020102
        014-250 4624 (Cg Bani)

3.     Pasti Fatimah Az Zahrah, Pmtg Berangan - P020103
        017-460 0258 (Cg Syikin)

4.     Pasti Al Fahimi, Padang Menorah - P020105
        011-2841 3250 (Cg Rohani)

5.     Pasti Nurul Iman, Guar Kepayang - P020202
        019-423 0339 (Zaleha)

6.     Pasti Asy Syifa, Sg Dua - P020203
        012-481 2495 (Cg Fauzani)

7.     Pasti Al Mansor, Lahar Yooi - P020204
        017-566 0360 (Cg Husna)

8.     Pasti Tn Guru Hj Saad, Pmtg Tok Jaya - P020205
        013-501 7643 (Cg Zapurah)

9.     Pasti As Syamil, Kg Aman - P020106
        013-296 7572 (Cg Amirah)

10.   Pasti Ash Sholihin, Pajak Song - P020201
        019-2164810 (Cg Liyana)

11.   Pasti Siti Aisyah, Telok Air Tawar - P020301
        013-433 4465 (Cg Baqiah)

12.   Pasti Al Ahmadi, Bagan Lebai Tahir -  P020302
        018-940 4930 (Cg Sakinah)

13.   Pasti Intanku, Pmtg Tok Gelam - P020303
        013-480 8920 (Cg Maryati)
















Tuesday, January 8, 2013

KICK START 2013

06hb Jan : An-Nahdhoh

Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program pemanas badan untuk 2013. Program Kick Of 2013 ini dimulakan dengan acara motivasi yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal Ust. Mohd Syukri. Motivasi bersemangat yang disampaikan InsyaAllah akan dapat digunakan oleh guru PASTI Pulau Pinang

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan program taklimat dari Bahagian Pengurusan PASTI Pulau Pinang yang menyentuh aspek berkenaan KPI dan arahan-arahan pentadbiran PASTI Malaysia.
Organisasi terbaru PASTI Pulau Pinang turut dibentangkan.Semoga segala maklumat yang dibekalkan dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi PASTI Cawangan masing-masing.Sesi Dialog seterusnya membuka peluang kepada semua guru untuk berdialog dengan Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PASTI Negeri.
Paling menarik, majlis turut merangkumi program sumbangan sebanyak RM 600.00 seorang kepada guru-guru hasil usahasama Jabtan PASTI Negeri dan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Semoga insentif tersebut dapat menyuntik semangat guru-guru untuk terus berusaha.
Selain itu Pengarah PASTI Negeri, Ust Nazarudin Awang Hamat turut menyerahkan sumbangan armalah oleh PASTI MALAYSIA kepada guru yang layak.
Majlis diakhiri dengan sesi perbincangan dan dialog guru dan MGP Negeri pada sebelah petang. Semoga dengan program awal tahun ini, PASTI akan lebih berjaya pada tahun ini!!!!!

Monday, January 7, 2013

SUMBANGAN AWAL TAHUN 2013

BUKIT MERTAJAM: Guru Pusat AsuhanTunas Islam (Pasti) seluruh Pulau Pinang dianugerahkan RM600 seorang sebagai bonus awal tahun 2013.

Justeru, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yusni Mat Piah berkata, pihaknya merasa sangat bertuah kerana mempunyai guru Pasti yang cukup kental walaupun diduga dengan kesukaran ekoran kekurangan kelengkapan pengajaran.“Semoga dengan pemberian wang dari Pasti dan Dewan Pemuda PAS negeri bernilai RM150 ribu itu dapat membantu serta menyemarakkan lagi semangat kerja dalam pasukan.

"Guru Pasti harga yang bernilai bagi PAS. Tanpa pengorbanan mereka anak kita tidak mengenali apa itu awalan Islam," tegasnya ketika berucap pada majlis yang diadakan di Kompleks An-Nadhoh, Penanti semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Pasti negeri, Nazarudin Awang Hamat dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudin.

Guru Pasti yang ditemui rata-rata gembira dengan pemberian itu dan bertekad meneruskan usaha murni memberikan pembelajaran kepada anak bangsa.

Sarimah Ibrahim dari Pasti Kubang Semang, Permatang Pauh berkata, pemberian itu menyuntik semangatnya untuk bertugas dengan lebih tekun lagi pada tahun ini.

Walaupun pemberian itu bukan sandaran, ujarnya namun dapat memberikan harapan baru bahawa guru Pasti tidak diketepikan.

Hasnah Hasan yang bertugas di Pasti An-Najmie, Pongsu Seribu menyifatkan pemberian itu dapat membantu para guru Pasti menyediakan peralatan persekolahan anak-anak.

Pemberian itu juga kata beliau yang bertugas selama 13 tahun, memberi kekuatan kepada guru Pasti untuk bersama-sama memajukan Pasti masing-masing pada tahun ini.

credit to Sabri Said
Harakah

Thursday, January 3, 2013

Promo PRODUK BARU PASTI


Nantikan Kemunculan Animasi dari PASTI Malaysia...HADI & HUDA

Wednesday, January 2, 2013

PERUTUSAN KETUA PENGARAH 2013


SESI PENGAJIAN 2013

Alhamdulillah..Sesi 2013 kini membuka tirai. PASTI Kawasan Tasek Gelugor mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar dan waris untuk mendaftar di PASTI. InsyAllah anda membuat pilihan yang terbaik dan InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. "PASTI Prasekolah Pilihan Utama Masyarakat PULAU PINANG"






Wednesday, September 19, 2012

ZIARAH WARIS PELAJAR MENINGGAL DUNIA

04HB SEPT - Pihak Jabatan PASTI Kawasan Tasek Gelugor (JPKTG) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Suhaila Abdullah yang telah meninggal dunia pada hari Rabu (4hb, September 2012) kerana disyaki deman kepialu di Hospital Seberang Jaya jam 9.00 pagi. Pihak JPKTG juga turut dimaklumkan bahawa sehari sebelum itu anak dalam kandunganya turut meninggal dalam kandungan akibat komplikasi.

Allahyarhamah Suhaila merupakan anak ke 5 dari 7 beradik turut meninggalkan tiga orang anak iaitu Nurhazwani Sharifa 6, Umairah Shaneem 5 dan Anis Shaeerah 4. Dua daripada anak-anaknya masih belajar di PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang. Menurut suaminya En. Hasnan kesemua anak-anak termasuk beliau masih terkejut dengan kejadian tersebut. Disaat anak-anak kecil ini masih memerlukan kasih sayang seorang ibu, mereka diuji dengan kejadian ini. Pihak JPKTG mendoakan supaya kesemua mereka tabah dengan ujian ini.

Pihak JPKTG juga turut menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan Jabatan PASTI Malaysia kepada keluarga tersebut.
* Untuk makluman TABUNG KEBAJIKAN PASTI MALAYSIA melindungi pelajar melalui KHAIRAT KEMATIAN WARIS PELAJAR.

Search

Slidershow