CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, May 22, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT













TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA



22hb MEI : Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - SUMBER BERNAMA


PASTI KAWASAN TASEK GELUGOR mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh..Al-Fatihah..

TIPS ANAK CEMERLANG



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bagi nama yang baik untuk anak.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari .
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang -
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan -


Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga -
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh -
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda-
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan anak kawan saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok. Ala, macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab, Zoo, untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

SAMBUTAN HARI GURU PASTI MALAYSIA 2011





Ucapan dari Tuan Rumah : Pengarah PASTI Selangor



Persembahan Pelajar



Anugerah TOKOH GURU PASTI MALAYSIA @2011



Bergambar bersama Ketua MGP Negeri Pulau Pinang



Tokoh Guru PASTI Negeri Pulau Pinang @2011









Rombongan dari PASTI Negeri Pulau Pinang




AHAD - 22hb Mei : Hari ini berlangsung majlis gilang-gemilang Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam yang dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor tepat jam 12.20 tengah hari. PASTI Negeri Pulau Pinang juga telah menghantar wakil bagi menghadiri Sambutan tersebut terdiri dari Pengarah, Setiausaha , Setiausaha Kerja PASTI Negeri dan wakil MGP Negeri.

Wednesday, May 18, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN 2011 DI RFC LAGUNA MERBUK


















17hb MEI 2011 : Jabatan PASTI Kawasan Tasek Gelugor dengan kerjasama DPPK Tasek Gelugor & MGP Kawasan menganjurkan Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Tasek Gelugor di RFC di Laguna Merbuk. Program yang diadakan luar dari negeri Pulau Pinang ini menghimpunkan hampir 30 orang guru PASTI dari kawasan Tasek Gelugor'

Sebelum santapan ayam organik berkhasiat, air berkabonat, sos dan banyak lagi mereka diperdengarkan amanat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS P. Pulau Pinang,Ust Yusni Mat Piah. Selain itu Jabatan PASTI Kawasan juga memberikan cenderahati kepada guru sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang mereka berikan.

Selain itu, guru-guru juga sempat bertukar-tukar hadiah sesama sendiri tanda ikatan yang terjalin. Pemberian tidak semestinya mahal semata-mata mengikat tali siratul rahim

"HALAL, FRESH AND ORGANICS"
"GURU WAHANA KEMENANGAN UMMAH"

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI PULAU PINANG 2011















Program yang bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' nyata mencungkil semangat baru di kalangan 200 guru PASTI seluruh Pulau Pinang tidak kira yang lama berkhidmat mahupun yang baru dua tiga hari menimba pengalaman mengajar di PASTI. Sesungguhnya pengorbanan mereka tiada nilainya di sisi manusia tetapi besar disisi Allah s.w.t.

Mengajar pelajar dari tidak tahu membilang, mengira atau bertutur yang tidak jelas bahasa bukan kerja mudah melainkan mempunyai sifat keibuan, kewanitaan yang sejati dan saya kira seandainya tugas tersebut diserahkan pada individu lelaki pasti lintang pukang kerusi, meja termasuk pelajar kemungkinan meraung senantiasa sebab ditampar atau dirotan.

Maka, sebab itulah tugasan mendidik lebih dititik beratkan pada kaum Hawa manakala kaun Adam lebih menumpukan pada kerja luar seperti mencari rezeki.

Berbalik kepada Sambutan Hari Guru yang diadakan di Komplek An Nahdhoh, Penanti pagi tadi 15hb, Mei 2011 itu dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Pasti Malaysia, Haji Rosli Suhaime turut memberikan anugerah tokoh guru cemerlang kawasan-kawasan, pengtadbiran Pasti Terbaik Negeri, guru paling lama berkhidmat serta tokoh guru PASTI 2011.


Tahniah kepada guru Aishah Othman, Azizah Haji Mat Nayan,, Siti Hamidah, Maheran Abu Bakar, Zafurah Hasan, Naemah Fadhil, Noranisah Zawawi, Siti Fatimah Kasim, Siti Aishah Ishak kerana terpilih sebagai guru ceerlang kawasan-kawasan. Kali ini merupakan tahun bertuah kepada Guru PASTI dari PASTI Bandar Tasek Mutiara Seberang Perai Selatan, Puan Jamilah Sharif kerana dinobatkan Tokoh Guru PASTI Pulau Pinang 2011. Begitu juga kepada guru paling lama berkhidmat bagi ketogari Jasamu Di kenang jatuh kepada Puan Misrojah Bakar dari PASTI Penaga, Kepala Batas.
Pentadbiran PASTI terbaik pula diberikan kepada PASTI Permatang Pauh. Sambutan kali lain dari yang lain apabila AJK PASTI Negeri, Shukri Tauzin mendeklamasikan sajak bertajuk 'Terima Kasih Wahai Guru' penuh dengan penghayatan. Bahkan, persembahanya juga dikatakan terselit sejuta makna oleh sebahagian AJK PASTI Negeri dan para guru yang memahami kerana 'sekilas ikan di air tahu jantan betinanya'.




Petikan dari : Sabri Said
http://www.sabriphotography.com

LOGO PASTI



a) Logo PASTI berbentuk bulat bagi melambangkan Islam itu bersifat universal dan menyeluruh

b) Latar belakang putih / bulat bagi melambangkan nur hidayah Allah swt yang sentiasa terpancar bagi hambaNya yang berusaha mencari keredhaanNya.

c) Melambangkan tenaga pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam dalam mendidik kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berteraskan ilmu Islam dan fikrah Islamiyah

d) Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan pentarbiyahan kanak-kanak PASTI demi membentuk satu generasi uswah hasanah

WARNA



e) Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri dan fitrah anak-anak di alamnya yang suci, putih, bersih dan sedia dicernakan mengikut fitrah Islam itu sendiri



f) Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertakwa berdisiplin serta mujahid-mujahid yang benar.



Kesimpulan warna hijau putih melambangkan PAS

FALSAFAH PENDIDIKAN






FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah Swt. di dunia dan di akhirat

.

SEJARAH PENUBUHAN PASTI



Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Search

Slidershow