CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, January 8, 2013

KICK START 2013

06hb Jan : An-Nahdhoh

Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program pemanas badan untuk 2013. Program Kick Of 2013 ini dimulakan dengan acara motivasi yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal Ust. Mohd Syukri. Motivasi bersemangat yang disampaikan InsyaAllah akan dapat digunakan oleh guru PASTI Pulau Pinang

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan program taklimat dari Bahagian Pengurusan PASTI Pulau Pinang yang menyentuh aspek berkenaan KPI dan arahan-arahan pentadbiran PASTI Malaysia.
Organisasi terbaru PASTI Pulau Pinang turut dibentangkan.Semoga segala maklumat yang dibekalkan dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi PASTI Cawangan masing-masing.Sesi Dialog seterusnya membuka peluang kepada semua guru untuk berdialog dengan Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PASTI Negeri.
Paling menarik, majlis turut merangkumi program sumbangan sebanyak RM 600.00 seorang kepada guru-guru hasil usahasama Jabtan PASTI Negeri dan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Semoga insentif tersebut dapat menyuntik semangat guru-guru untuk terus berusaha.
Selain itu Pengarah PASTI Negeri, Ust Nazarudin Awang Hamat turut menyerahkan sumbangan armalah oleh PASTI MALAYSIA kepada guru yang layak.
Majlis diakhiri dengan sesi perbincangan dan dialog guru dan MGP Negeri pada sebelah petang. Semoga dengan program awal tahun ini, PASTI akan lebih berjaya pada tahun ini!!!!!

0 comments:

Search

Slidershow